Tuesday 31 January 2017

Metalwings

Metalwings... "Fallen Angel in The Hell"


Sekadar nak berkenalan dengan band symphonic yang berasal dari Bulgaria  ditubuhkan di Sofia pada September 2010. Cerita bermula bila Stela Atanasova yang mempunyai idea  untuk projek menubuhkan sebuah band yang bakal memainkan muzik symphonic metal dan melodic metal dengan vocal opera yang banyak dipengaruhi muzik celtic. Idea tersebut digabungkan dengan suara opera vokalis wanita, keyboard, biola elektrik, kekuatan paluan dram dan gitar bass menjadikan bunyi Metalwings yang unik dan sedap didengar. Selain Stela Atanasova yang mengilhamkan projek bagi penubuhan band Metalwings, kehadiran gitaris Velislav Uzunov, pemain dram Emo Arsoz, pemain gitar bass Konstantin Uzunov dan kemudian sedikit penyertaan pemain keyboard Angel Kitanov melengkapkan band Metalwings. Apa pun percaturan itu berubah dalam tahun 2013 di mana tempat  gitaris Velislav Uzunov digantikan oleh Boyan Boyadjiev. Setahun kemudian sekali lagi posisi gitar bertukar tangan, dalam tahun 2014 Boyan diganti oleh Grigor Konstadinov. Kemudian memenuhkan lagi senarai ahli band Metalwings dalam tahun 2015, dalam bulan November, Krasto Jordanov menyertai band tersebut sebagai pemain  gitar kedua juga selaku vokalis lelaki. Anggota terkini band metalwings adalah ;
Stela Atanasova – vokal, electric viola, keys
Grigor Kostadinov – gitar
Krastyo Jordanov – gitar, vokal, Irish Flute
Kostantin Uzunov – gitar bass
Angel Kitanov – keyboard
Blackie – dram


Perjalanan Metalwings kian rancak dan benar – benar memberi impak pada  tersebut dalam tahun 2011 di mana banyak konsert dan persembahan live melibatkan mereka di Bulgaria. Antara konsert yang amat penting bagi band tersebut ialah Rock Fest in Slivniza 2011; The Fest Rock 2 Night in Route 80 2012; The Fest Rock Revival Cherven Briag  2012; International Motorfest „Night Wolves“  2012 dan 2013; The Rock Fest  Berkstock 2012;  Live show in Kiustendil  - musim panas 2013;  The Power of Rock 3  2013; Polinero Rock Fest 2014; persembahan live dengan band dari Croatia -   AngelSeed - Sofia  2014 . Dalam tahun 2015 Metalwings tampil dengan video muzik rasmi untuk lagu – “Crying of the sun”. Dalam tahun 2015 juga mereka akan mengadakan konsert di kelab yang terbesar di Sofia – Joy Station.
Dalam tahun 2016 Mmereka telah merilis mini album sulung mereka berjudul “Fallen Angel in The Hell” pada 12 Mei 2016.  Mini album tersebut memuatkan kompilasi 5 buah lagu magis lantaran seperti Second chance, Kingdom’s heart, Realm of dreams, Crying of the sun dan Metal cry.


Metalwings unik kerana bunyi bawaan mereka mempunyai naluri dan cita rasa tersendiri dengan memasukkan elemen tersendiri yang lebih spesifik yakni gabungan elemen celtic yang banyak, bunyi muzik yang melodic dan mistik. Metawings hadir dengan tenaga bunyi untuk muzik metal yang mampu menarik minat peminat muzik metal untuk mendengar tenaga, kekuatan dan bunyi simfoni yang mekar serta ada rasa tersendiri. Nikmati muzik bawaan Metalwings dan hayatinya tanpa ada pengaruh bunyi muzik metal dari band lain, ia unik dan sedap di dengar.



Artikel asal daripada shqmetal blog http://shaqmetal.blogspot.my/2015/12/metalwings.html


1 comment:

  1. Thankyou bro..
    baru liat video metalwings.. gak tau itu grrup apa darimana..
    cari di google dapat blog ini..
    thanks (y)

    ReplyDelete

Logo Design by FlamingText.com