Neue Deutsche Härte (NDH) adalah satu subgenre muzik rock.
Istilah ini bermaksud New German Hardness
dan ia merujuk kepada gaya Neue
Deutsche Welle. NDH digunakan dan dicipta oleh sebuah akhbar hiburan selepas
album Herzeleid daripada band Rammstein dalam
tahun 1995.
Karektor Muzik
Neue Deutsche Harte
menerangkan gaya silang (crossover) yang dipengaruhi oleh New Jerman Wave, alternative metal dan groove metal yang
menggabungkan elemen industrial, electronica
dan techno. Lirik umumnya dalam bahasa Jerman. NDH
menggunakan persediaan instrument dan elemen asas muzik metal seperti gitar
elektrik, bass gitar, drum, keyboard, synthesizers,
dan kadang kala tambahan percussion. Vokal lelaki yang jelas dilontarkan dengan
dominan dan dalam. Beberapa band juga ada menggunakan vokal atau nada jeritan
dan death growls, yang juga biasa, digunakan
dalam lagu-lagu tertentu seperti lagu Oomph!, Rammstein, Stahlhammer, Samsas
Traum dan Megaherz. NDH sering sering dan biasanya tampil dengan imej yang
maskulin, tegap dan ada masanya ala ketenteraan, bergantung kepada band dan lagu.
Guitar biasa ditala rendah, biasanya menggunakan kod rendah D atau C, dan pada
umumnya bunyi yang dihasilkan amnya heavily
distorted .
Sejarah
Kelainan gaya pada NDH yang telah ujud dan dipelopori oleh band
Oomph! dalam album kedua mereka, Sperm
(1994), dan Rammstein untuk album pertama mereka Herzeleid (1995). Pengaruh
terbesar Oomph! Ketika itu ialah band groove metal seperti Prong, Pantera dan
Sepultura. Rammstein mengambil inspirasi daripada pelbagai band termasuk
Depeche Mode dan Ministry, yang sudah dikenali dengan stail tersebut. NDH berjaya
tampil dan mula dikenali di benua Eropah lantaran itu sejumlah hampir 4 juta buah
album Rammstein terjual di Jerman sementara itu album tersebut mencapai tahap rekod emas dan platinum di Austria, Belgium, Republik Czech, Denmark, Belanda, Norway,
Poland, Romania, Sweden, Switzerland dan Finland.
Oomph! Telah mencipta rekod emas untuk single Augen Auf! (2004) di Austria dan Jerman.
Dalam tahun 2004, Eisbrecher tamil dengan album pertama mereka yang juga bertajuk
Eisbrecher menduduki tangga ke 13 Carta Deutschen
Alternatif Top 20, manakala album kedua mereka (Antikörper) berada di
kedudukan ke 85 pada carta utama di Jerman. Band – band NDH yang lain
termasuklah Megaherz, Stahlhammer, Stahlmann, Fleischmann, dan lain-lain.
Berikut adalah antara senarai nama band – band NDH
(sebahagian sebagai rujukan asas).
ASP
|
Knorkator
|
Samsas Traum
|
Atrocity
|
Crematory
|
Stahlhammer
|
Die Apokalyptischen Reiter
|
L'Âme Immortelle
|
Stahlmann
|
Eisbrecher
|
Letzte Instanz
|
Tanzwut
|
Fleischmann
|
Lindemann
|
Terminal Choice
|
Hanzel und Gretyl
|
Megaherz
|
Umbra et Imago
|
Hertzton
|
Omega Lithium
|
Unheilig
|
In Extremo
|
Oomph!
|
Untoten
|
Joachim Witt
|
Rammstein
|
Weissglut
|
No comments:
Post a Comment