Symphonic Metal... Cerita Ringkas...
Bila kita bercerita mengenai rock
semua orang akan tahu apa itu rock baik secara langsung atau tidak langsung.
Bermacam-macam cerita mengenai rock sebenarnya yang baik ataupun buruk. Namun
itu bukan persoalannya, apa yang ingin diketengahkan ialah muzik genre rock itu
sendiri yang bercabang-cabang ranting atau cawangannya. Kita secara amnya kenal
akan rock sebagai genre muzik yang keras, ganas dan membingitkan telinga. Itu
sebenarnya persepi yang agak menyimpang daripada segelintir individu yang tidak
mengemari muzik rock.
Dalam senario muzik bergenre rock
mungkin kita lebih mengenali rock n roll, heavy metal, thrash metal,
alternative rock, pop rock, modern rock, hardrock dan beberapa sub genre muzik
rock yang lain. Kita jarang mendengar orang atau pengemar muzik rock bercerita
atau melibatkan diri dalam genre rock atau sub genre rock seperti emo rock,
industrial rock, surf rock, progressive rock, power rock, cello rock, glam
rock, arena rock, symphonic rock, post rock, folk rock, garage rock, chicano
rock, rockabilly, stoner rock, protopunk, glitter rock, gothic rock, swamp rock
dan banyak lagi sub genre rock yang lain. Dari kebanyakkan sub genre muzik rock
tersebut cuma beberapa kerat sahaja yang dapat kita terima dan kita ketahui
serta menjadi ikutan pengemar malah pemuzik rock di Malaysia. Antara genre
pemuzik rock di Malaysia(arus perdana) gemari ialah heavy metal, rock n roll,
hardrock, thrash, alternative, indi dan dua tiga kerat sub genre lagi.
Sejak kebelakangan ini secara
sedar atau tidak gothic mempunyai peminatnya yang tersendiri. Ada yang sanggup
berpakaian ala gothic band, meskipun mereka tidak tahu apa yang sebenarnya
mereka ikut. Golongan pengikut fanatik membuta tuli ini sebenarnya telah
mengkecamukkan lagi tanggapan masyarakat pada rock itu sendiri. Apa yang ingin
dikongsikan di sini mungkin agak berbeza dan juga mungkin ada segelintir yang
pernah berfikir antara sub genre muzik gothic rock / metal, melodic rock, cello
rock dan symphonic rock / metal. Sesekali isu ini timbul dan adakalanya disalahtafsirkan
menjadi kecelaruan dalam mengkategorikan antara gothic, melodic, symphonic dan
cello, padahal kategori atau sub genre bagi maksud keempat-empat itu adalah
sama sekali berbeza. Symphonic Rock / Metal
Symphonic metal adalah terma yang
digunakan untuk menjelaskan tentang muzik rock / metal yang mengandungi
elemen-elemen simfoni, antaranya elemen bunyi yang seakan-akan simfoni klasik.
Ini merujuk kepada band atau kumpulan yang mengabungkan aspek berbeza dalam
metal dengan pengenalan penyanyi wanita, voklais utama yang bertemakan operatic
atau klasik sebagai unsur-unsur yang memebrikan aura muzik tersebut seakan-akan
satu simfoni. Vokalis utama untuk symphonic rock / metal biasanya wanita dan
cenderung menyanyi dengan suara atau melodi mezzo soprano dalam stail operatic.
Adakalanya poenyanyi lelaki digunakan sebagai penyanyi latar dan ada juga band
yang seakan band gothic menggunakan dua vokalis. Ianya juga merujuk kepada band
atau kumpulan yang menggunakan minor clasical atau tema operatic. Symphonic
metal kadangkala disebut opera metal tetapi kebiasaannya disebut symphonic
metal. Keujudan symphonic metal pada asas kebanyakkan kerja muziknya diambil
dari gothic metal, power metal dan muzik klasik.
Genre yang berasas kepada
muzik klasik, gothic metal, progressive metal dan power metal seterusnya
diadunkan dari kombinasi beberapa sub genre yang lain seperti black metal,
death metal dan power metal termasuk muzik klasik dan ciptaan elemen lagu yang
kuat dengan semangat simfoni. Instrumen penting dan memainkan peranan utama
dalam muzik genre symphonic ialah keyboard, lantaran bahagian bunyian klasik
dimainkan oleh keyboard bagi kumpulan yang tidak tampil dengan pemain biola,
violin, cello atau alat muzik klasik yang lain. Maka peranan keyboard nampak menyerlah
dalam genre muzik symphonic. Dalam sesetengah situasi ketika membuat
persembahan live kadangkala band atau kumpulan akan menggunakan orkestra untuk
memainkan bahagian atau peranan keyboardis dan begitulah juga sebaliknya. Lagu
untuk sub genre ini adakalanya bertemakan epik, mitos dan zaman pertengahan.
Sub genre ini ujud dan menular di Eropah terutamanya di Scandinavia dan
Netherland bermula pertengahan 1990an. Band Therion merupakan band pertama
mengetangahkan ciri ciri penuh live orkestra dan menulis serta mengubah muzik
dengan elemen simfoni klasik yang asas dan penting ke dalam stail muzik mereka.
Dengan perkembangan yang memberangsangkan dalam genre muzik symphonic, Therion
terus mencipta nama, dalam tahun 1997 band Nightwish dan Within Temptation
menerbitkan album pertama mereka mengikut trend seakan-akan Therion.
Untuk senarai band symphonic metal dan sedikit info tambahan klik sini
Senarai band symphonic metal.
Senarai band symphonic metal.
No comments:
Post a Comment