Tuesday 31 January 2017

Metalwings

Metalwings... "Fallen Angel in The Hell"


Sekadar nak berkenalan dengan band symphonic yang berasal dari Bulgaria  ditubuhkan di Sofia pada September 2010. Cerita bermula bila Stela Atanasova yang mempunyai idea  untuk projek menubuhkan sebuah band yang bakal memainkan muzik symphonic metal dan melodic metal dengan vocal opera yang banyak dipengaruhi muzik celtic. Idea tersebut digabungkan dengan suara opera vokalis wanita, keyboard, biola elektrik, kekuatan paluan dram dan gitar bass menjadikan bunyi Metalwings yang unik dan sedap didengar. Selain Stela Atanasova yang mengilhamkan projek bagi penubuhan band Metalwings, kehadiran gitaris Velislav Uzunov, pemain dram Emo Arsoz, pemain gitar bass Konstantin Uzunov dan kemudian sedikit penyertaan pemain keyboard Angel Kitanov melengkapkan band Metalwings. Apa pun percaturan itu berubah dalam tahun 2013 di mana tempat  gitaris Velislav Uzunov digantikan oleh Boyan Boyadjiev. Setahun kemudian sekali lagi posisi gitar bertukar tangan, dalam tahun 2014 Boyan diganti oleh Grigor Konstadinov. Kemudian memenuhkan lagi senarai ahli band Metalwings dalam tahun 2015, dalam bulan November, Krasto Jordanov menyertai band tersebut sebagai pemain  gitar kedua juga selaku vokalis lelaki. Anggota terkini band metalwings adalah ;
Stela Atanasova – vokal, electric viola, keys
Grigor Kostadinov – gitar
Krastyo Jordanov – gitar, vokal, Irish Flute
Kostantin Uzunov – gitar bass
Angel Kitanov – keyboard
Blackie – dram


Perjalanan Metalwings kian rancak dan benar – benar memberi impak pada  tersebut dalam tahun 2011 di mana banyak konsert dan persembahan live melibatkan mereka di Bulgaria. Antara konsert yang amat penting bagi band tersebut ialah Rock Fest in Slivniza 2011; The Fest Rock 2 Night in Route 80 2012; The Fest Rock Revival Cherven Briag  2012; International Motorfest „Night Wolves“  2012 dan 2013; The Rock Fest  Berkstock 2012;  Live show in Kiustendil  - musim panas 2013;  The Power of Rock 3  2013; Polinero Rock Fest 2014; persembahan live dengan band dari Croatia -   AngelSeed - Sofia  2014 . Dalam tahun 2015 Metalwings tampil dengan video muzik rasmi untuk lagu – “Crying of the sun”. Dalam tahun 2015 juga mereka akan mengadakan konsert di kelab yang terbesar di Sofia – Joy Station.
Dalam tahun 2016 Mmereka telah merilis mini album sulung mereka berjudul “Fallen Angel in The Hell” pada 12 Mei 2016.  Mini album tersebut memuatkan kompilasi 5 buah lagu magis lantaran seperti Second chance, Kingdom’s heart, Realm of dreams, Crying of the sun dan Metal cry.


Metalwings unik kerana bunyi bawaan mereka mempunyai naluri dan cita rasa tersendiri dengan memasukkan elemen tersendiri yang lebih spesifik yakni gabungan elemen celtic yang banyak, bunyi muzik yang melodic dan mistik. Metawings hadir dengan tenaga bunyi untuk muzik metal yang mampu menarik minat peminat muzik metal untuk mendengar tenaga, kekuatan dan bunyi simfoni yang mekar serta ada rasa tersendiri. Nikmati muzik bawaan Metalwings dan hayatinya tanpa ada pengaruh bunyi muzik metal dari band lain, ia unik dan sedap di dengar.



Artikel asal daripada shqmetal blog http://shaqmetal.blogspot.my/2015/12/metalwings.html


Ulytau

Ulytau... projek trio 




Nama yang agak jarang kita dengar namun bagi peminat muzik yang memasukan elemen fushion mungkin pernah mendengar dan tahu siapa Ulytau. Ulytau dalam bahasa tempatan di mana band ini berasal ialah gunung suci (‘the holy mountain’). Namun nama band ini kemudiannya ditafsirkan menjadi ‘Big Mountain’. Band yang dianggotai oleh 3 orang pemuzik ini berasal dari Kazakhstan. Gabungan tersebut menjadikanngan bunyi ala hard rock dan muzik tradisional Kazakhstan menjadikan bunyi folk yang begitu unik yang mengabungkan bunyi violin, gitar elektrik dan dombra, satu peralatan muzik tradisional Kazakhstan yang mempunyai 2 tali menjadikan bunyi folk metal yang unik. Dalam kalangan peminat Ulytau mereka juga mengelarkan Ulytau sebagai sebuah trio band Etnik rock.

Ulytau merupakan band projek penerbit Kydyrali Bolmanov dalam tahun 2001 untuk mengabungkan muzik timur dan barat dengan susunan muzik klasikal dari composer seperti Kurmangazy Sagyrbayuly, Antonio Vivaldi, Niccolo Paganini dan Johann Sebastian Bach. Idea ini menjadikan bunyi yang dihasilkan oleh Ulytau begitu unit dan menarik. Dalam menterjemahkan bunyi tradisi menjadi lebih universal, China mereka telah menjelajah Jerman, England, Scotland, Poland, Amerika Syarikat, Turkey, Jepun dan Russia. Dalam tahun 2001 juga mereka telah dianugerahkan ‘Golden Disc’ untuk lagu ‘Aday’.


Menurut Tim Palmer seorang penerbit muzik, jurutera bunyi, gitaris dan komposer lagu rock dan alternatif British... 

“I have always tried to work on as many styles and genres of music as possible, from Ozzy Osbourne to Tears for Fears, there has always been something new to learn and enjoy from a complete change of style.

The ULYTAU project was sent to me by producer Tabriz Shakhidi from Russia and I immediately enjoyed their fusion of Hard Rock and Traditional styles. The twisted combination of screaming rock guitar with more ethnic instruments like the dombra and violin make for an exciting aural treat. The musicians in the band really know how to play and make their instruments sound good that, coupled by the fact that the album was very well engineered made the mixing process a joy.

Max is a virtuoso on the guitar, he follows in the path of such guitarists as Zack Wylde and Steve Vai. The Dombra and Violin playing are beautifully executed, traditional yet still perfectly connected in the more modern surrounding. I wish them all great success with this recording.”


Diskografi
Jumyr-Kylysh (2006) (Di Germany dirilis pada 2009 dengan tajuk Two Warriors)

Ahli-ahli
Erjan Alimbetov - Dombra
Maxim Kichigin - Guitar
Alua Makanova - Violin

Pemuzik undangan
Roman Adonin - Keyboard
Oleg Tarnovskiy - Guitar
Serik Sansyzbayev – Bass
Rafael Arslanov – Drums Nota 



Artikel asal daripada blog shaqmetal http://shaqmetal.blogspot.my/2011/08/ulytau.html



Monday 30 January 2017

Info Rock...Tahukah Anda?









Info Rock n Roll... Rock

Rock n' Roll

Rock n Roll buat pertama kalinya digunakan oleh Alan Freed seorang DJ (Disc Jockey) di Cleveland dalam tahun 1951. Yakni ianya diambil dari lagu “My baby rocks me with a steady roll”. Penggunaan perkataan rock, roll, rock and roll dan sebagainya adalah merujuk kepada perilaku seksual.

Asal-Usul Rock n Roll

Rock n Roll berkembang dan didefinisikan sebagai stail muzik di Amerika dalam tahun 1950an meskipun elemen rock n roll telah didapati dalam rakaman rhythm and blues (RnB) seawal 1920an. Diawalnya rock n roll mengabungkan elemen RnB, blues, boogie woogie dan jazz dan ianya juga dipengaruhi oleh muzik folk tradisional, gospel, country dan western.


Asal – Usul Nama Rock n Roll

Kali pertama perkataan rock and roll diganding/pasangkan dalam rakaman dibuat dalam tahun 1916 iaitu rakaman kerohanian berjudul “The Camp Meeting Jubilee” oleh kuartet yang tidak diketahui nama mereka dikeluarkan oleh Little Wonder Records. Antara liriknya ialah “We’ve been rocking and rolling in your arms / Rocking and rolling in your arms / In the arms of Moses”. Dalam tahun 1922, penyanyi blues Trixie Smith telah merakamkan “My Man Rocks Me (with One Steady Roll)” yang pertama mempersembahkan dua perkataan itu dalam kontek yang sekular. 12 tahun kemudian, iaitu dalam tahun 1934, The Boswell Sisters telah menjadi terkenal dengan “Rock and Roll”. Walaubagaimanapun untuk bertahun-tahun mungkin seabad sebelum itu, terma rocking and rolling telah digunapakai sebagai terma nautika untuk menyatakan sisi ke sisi dan pergerakan maju kehadapan serta mundur ke belakang sesebuah kapal di lautan. Maksud tersebut juga telah digunapakai metaforikalnya dalam rakaman oleh Buddy Jones “Rockin’ Rollin’ Mama” dalam tahun 1939, “Waves on the ocean, waves in the sea / But that gal of mine rolls just right for me / Rockin’ rollin’ mama, I love the way you rock and roll”. Terma rocking juga telah digunakan oleh penyanyi gospel di Amerika selatan untuk menyatakan sesuatu yang hampir kepada semangat dan kegembiraan yang keterlaluan. Ironi dan maksud yang berganda menjadi kesedaran yang popular dalam tahun 1947 oleh artis blues Roy Brown’s dengan lagu “Good Rocking Tonight” (yang juga dinyanyikan semula setahun kemudian oleh Wynonie Harris dalam versi yang lebih luas dan liar.) yang mana “rocking” boleh dirujuk sebagai menari tetapi menyembunyikan secara halus dan tidak langsung kepada seks.


Rock ...dalam ertikata penyiaran

Rock dalam ertikata penyiaran boleh dirujuk kepada sebahagian besar muzik popular yang dirakam sejak awal 1950an. Asasnya rock and roll ujud dari pelbagai genre pada akhir 1940an terutamanya ‘jump blues’. Ia buat kali pertamanya dipopularkan oleh penghibur seperti Chuck Berry, Bill Haley, Buddy Holly dan Elvis Presley yang mana mengabungkannya dengan bunyi irama country menjadikannya rockabilly.

Bertitik tolak dari pertengahan 19 60an band dari Britain mendapat inspirasi dari blues Amerika dan R & B menjadi popular.


Artikel asal daripada blog shaqmetal http://shaqmetal.blogspot.my/



Rock... Sejauh mana kita?

Rock... boleh jalan terus...?



Rock antara genre muzik yang telah lama bertapak dalam senario perjalanan seni, muzik tempatan. Sejak kebangkitan era rock dalam era 80an muzik rock tempatan terus berkembang dengan kelahiran pelbagai genre muzik rock seperti rock n roll, heavy metal, punk rock, alternative rock, arena rock, blues rock, country rock, glam rock, hard rock, power rock, progressive rock, surf rock dan bermacam-macam lagi rock. Namun tumpuan adalah lebih terarah kepada beberapa genre muzik rock yang telah lahir dalam industri muzik tempatan sejak berkembangnya muzik rock di Malaysia. Bermula dengan kelahiran Battle Of The Bands maka dari situ dilihat irama rock terus menular dalam arena muzik tempatan. Pelbagai nama kumpulan rock ujud dengan versi rock tersendiri namun setakat yang ujud ketika itu genre muzik mereka agak terarah pada genre muzik rock n roll, heavy metal, glam rock, folk rock dan hard rock. Selang beberapa tahun kemudian ada usaha untuk memasuki elemen power rock / metal, progressive rock / metal, symphonic rock, symphonic metal dan piano rock ke dalam arena muzik rock tempatan namun sayang usaha itu tidak menampakkan kejayaan. Lantas setelah terhukum begitu sahaja, usaha untuk mempelbagaikan genre muzik rock di Malaysia terus terbantut.

Dalam pada itu juga penularan muzik underground juga terus menerjah dengan kehadiran pelbagai kumpulan baru seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Kehadiran kumpulan secara underground ini lebih menjurus kepada genre muzik thrash metal, black metal dan death metal walaupun demikian ada juga segelintir kelompok pemuzik underground lebih menjurus ke arah mainstream seperti bermain genre reggae, ska dan beberapa genre yang ada dalam aliran mainstream serta komersial. Meskipun kedua aliran seakan-akan bangkit secara serentak namun perjalanannya juga terbahagi kepada dua saluran iaitu satu kelompok pergi lebih terarah dan komersial dan satu kelompok lagi bergerak secara underground dan cuma diikuti oleh pengikut-pengikut dan golong mereka sendiri. Pergerakan kumpulan underground nampak lebih eksklusif lantaran cuma golongan pengikut irama genre itu sahaja yang lebih berpeluang untuk menikmati muzik underground.


Namun untuk catatan ini apa yang ingin disentuh ialah perjalanan genre muzik rock yang bergerak secara komersial dalam mencorak senario muzik rock tempatan. Secara lebih jelas lagi perkembangan genre muzik rock yang lebih meriah dalam atmosfera muzik tempatan ialah dengan kelahiran album pertama kumpulan Searh – Cinta Buatan Malaysia dalam tahun 1985 diikuti pula dengan terbitnya album Battle Of The Bands 1 & 2 yang terus mengangkat genre muzik rock di Malaysia. Kalau diperhatikan secara lebih menjurus kepada genre muzik yang ditampilkan oleh kumpulan-kumpulan rock yang ditubuhkan waktu itu, rata-rata mereka tampil dengan genre muzik rock atau subgenre muzik rock yang seakan-akan sama iaitu rock n roll, hard rock, heavy metal, thrash dan glam rock. Secara amnya perkembangan muzik rock dalam senario tempatan waktu itu masih lagi sangat terhad sedangkan pelbagai genre muzik rock boleh diterokai waktu itu. Dari satu sudut pula kalau diperhatikan cara ahli kumpulan-kumpulan tersebut berpakaian pula lebih menjurus kepada glam rock yang mana penampilan dan cara berpakaian mereka yang lebih glamour dan juga cara tata rias atau make-up mereka. Secara umumnya penampilan mereka ala-ala wanita. Manakala dari aspek muzik yang dianuti mereka lebih terarah pada sub genre muzik rock ‘n’ roll, heavy metal, glam rock dan pop rock.

Dalam perkembangan senario sedemikian kumpulan rock yang ditubuhkan juga tidak harus dipersalahkan begitu sahaja. Kehendak pendengar dan peminat juga perlu diambil kira, begitu juga dengan permintaan pasaran namun sebagai pengikut setia rock, ruang untuk mempertikaikan kenapa keadaan itu terjadi sedemikian juga masih terbuka. Namun itu adalah cerita lama dan telahpun menjadi sejarah. Untuk seterusnya dalam arena sebegitu kita tumpu pada perkembangan muzik rock tempatan masa kini, ini adalah kerana apa yang ada sekarang ini adalah lanjutan dari apa yang telah sedia ujud sejak dekad lapan puluhan lagi. Bayangkan kalaulah genre muzik rock seperti progressive rock / metal, power rock / metal, symphonic rock / metal, neo-classic metal, glam rock, cello rock, garange rock, punk rock, punta rock, raga rock, psychedelic rock, british invasion, chicano rock, glitter rock, pub rock dan banyak lagi genre dan sub genrenya telah kita takluki ketika itu.


Bukankah mudah untuk para penggiat muzik rock kita menentukan aliran genre manakah yang patut mereka anuti. ‘Bukan salah ibu mengandung….’ kita terpaksa akur pada kehendak pasaran dan pendengar. Itulah yang terpaksa kita lalui ketika ini dalam meneruskan perjalanan muzik rock di Malaysia. Cuba kira berapa kerat sangatlah genre muzik rock yang pemuzik rock kita anuti ketika ini? Persoalannya kenapa jadi begitu? Apakah puncanya genre dan sub genre muzik rock seakan-akan terbantut dalam arena muzik tempatan? Apakah kerana pendengar atau peminat muzik rock tempatan lebih gemar pada rock n roll, heavy metal, alternative dan beberapa kerat lagi genre muzik rock? Persoalan sebegitu mungkin seringkali bermain dalam minda peminat atau pemuzik atau mungkin para pengubah lagu tempatan. Tapi tiada tindakan yang diambil untuk memastikan genre muzik rock lain terus berkembang dalam senario muzik rock tempatan. Pernah diajukan persoalan itu pada pemuzik, penyanyi dan mereka yang terlibat dalam senario muzik rock tempatan, namun jawapan yang kurang menyuntik semangat rock dikeluarkan “…tiada ‘market’… ”, “…susah orang nak terima…”, “…company tak mau ‘bikin’…” dan pelbagai lagi alasan yang cukup kukuh untuk menidakkan kehadiran pelbagai lagi genre muzik rock ke persada muzik tempatan. Isu itu bukanlah untuk menyalahkan mereka yang terlibat dalam muzik rock, tapi bagi pengikut, pengemar dan peminat rock yang mempunyai pelbagai citarasa dan pilihan ini juga turut terbantut.


Mereka inilah golongan yang menjadi mangsa keadaan, namun mereka ini jugalah golongan yang tidak pernah putus asa dalam mencari apa yang mereka hendak, maka dengan permintaan dari mereka inilah juga secara tidak langsung telah mewujudkan satu lorong istimewa dalam kepelbagaian genre muzik rock tempatan. Mereka telah membawa masuk pelbagai genre dan sub genre muzik rock ke dalam senario muzik rock tempatan selain dari genre muzik rock yang telah sedia ada dalam masyarakat rock tempatan. Beberapa genre dan sub genre muzik rock mulai memasuki arena muzik tempatan meskipun tidak mengujudkan kelompok kumpulan pemuzik yang mampu tampil dengan album komersial namun pengikut genre muzik rock seperti gothic rock / metal, symphonic rock / metal, neo-classic metal, cello rock, power metal, progressive metal, glam rock, arena rock, garage rock, post rock dan beberapa genre dan sub genre yang lain mulai merayap dan berkembang, meskipun tidak sehebat zaman kegemilangan rock 80’an. Pengaliran genre sedemikian menjalar cuma melalui para pengemar dan peminat muzik genre rock sedemikian.


Namun secara keseluruhannya pengikut muzik begitu masih boleh di bilang dengan jari. Ini bermakna aliran muzik sedemikian belum mampu mencambahkan lagi putiknya di persada muzik rock tempatan. Nampak cuma disebelah pihak sahaja yang berusaha menjadikan muzik genre rock sedemikian bertapak di kalangan warga rock tempatan. Maka di sini sekali lagi boleh ditimbulkan apakah peranan para pemuzik dan penggiat irama rock sendiri dalam menyemarakkan lagi arena rock tempatan agar terus meriah dengan pelbagai sub genre muzik rock. Kita fikirkan bersama dan sebagai warga rock tempatan mampukah kita mengemilangkan kepelbagaian irama rock itu kembali seperti apa yang terjadi di era 80’an. Untuk kegemilangan kali ini terdayakah kita menyemarakan kepelbagaian sub genre rock sekaligus agar arena rock tempatan terus mekar dan meriah. Horns up untuk rockers yang tetap berjiwa rock meski pada zahir nampak macam biasa.






Van Canto

Van Canto... band a capella metal



A cappella adalah dari bahasa Itali yang membawa maksud ‘from the chapel / choir’ yakni menyanyi tanpa peralatan / instrumen muzik atau muzik vocal. Tapi bukan itu yang menjadi persoalannya tetapi shaqmetal ingin menyentuh tentang sesuatu yang rasanya agak baru dan unik dalam dunia metal global.


Van Canto ditubuhkan di jerman (2006) yang terdiri daripada 5 orang penyanyi dan seorang pemain dram. Biarpun  kumpulan ini diklasifikasikan sebagai a capella tetapi mereka menggunakan dram betul dalam muzik mereka.
Van Canto memainkan lagu a capella dengan pengaruh bunyi heavy metal klasik, power metal dan symphonic metal lantas mencipta apa yang meereka panggil sebagai “hero metal a capella’.


Bayangkan kalau di satukan antara a cappella dan metal? Bagaimanakah bunyinya? Menarik bukan? Itu yang ingin diketengahkan dan untuk kita kongsi bersama info mengenai a capela metal. Sesuatu yang baru dan unik dan rasanya kita tidak pernah mendengar nama itu sebelum ini. Dalam industri muzik moden dewasa ini a cappella biasanya dirujuk kepada persembahan yang kesemuanya vokal tanpa instrument muzik dipersembahkan dalam pelbagai bentuk dan stail termasuk barbershop, doo wop, dan modern pop / rock. Rentetan daripada itu a cappella diperluaskan lagi ruang lingkupnya dengan mengujudkan satu(mungkin) sub genre baru dalam genre muzik rock metal dengan ciptaan stail a cappella metal. Bila berkongsi info mengenai a cappella metal maka persoalannnya band atau siapakah yang hadir dengan sub genre baru itu? Maka secara sedar atau tidak ianya telah ada dan ujud dalam tahun 2006 di Jerman. Band yang mengelarkan diri mereka sebagai van Canto ditubuhkan dan membawa aliran muzik sub genre a cappella metal yang terdiri dari lima orang penyanyi dan seorang pemain drum. van Canto terdiri daripada ;
Dennis Schunke (Sly) – vokalis utama (2006 – sekarang)
Inga Scharf – vokalis utama wanita (2006 – sekarang)
Stefan Schmidt – lower rakkatakka, wahwah solo guitar dan distortion vocals (2006 –
sekarang)
Ross Thompson – higher rakkatakka vocals (2006 – sekarang)
Bastian Emig – drums.
Jan Moritz – bass vocal (2015 – sekarang)
Bekas anggota
Ingo "Ike" Sterzinger – bass vocals (2006–2015)
Dennis Strillinger – drums (2006–2007)


Sebelum Bastian Emig, Dennis Strillinger merupakan pemain drum dari tahun 2006–2007. Dari enam orang vokalis, dua daripadanya merupakan vokalis utama dan selebihnya menggunakan suara mereka untuk bunyi gitar dan bass dengan bantuan amplifiers bagi menjadikan bunyi yang seakan-akan instrument asal. Sebaik sahaja band van Canto ditubuhkan, album pertama mereka A Storm To Come juga telah diterbit dan dirilis. Album yang mengandungi tujuh buah lagu merupakan lagu versi cover Metallica – Battery dan ‘Stora Rovardansen’ lagu yang dipetik dari filem Ronja Rovardotter. Dalam waktu yang singkat juga mereka telah menerbitkan video untuk lagu The Mission, Battery dan Rain. Bulan Disember 2007, van Canto telah menyertai Gun records / Sony BMG. Sejurus selepas itu album kedua van Canto berjudul ‘Hero’ diterbitkankan dan dirilis pada 26 September 2008. Berikut antara album yang telah diriliskan oleh Van Canto.
Discografi
A Storm To Come (2006)
Hero (2008)
Tribe of Force (2010)
Break the Silence (2011)
Dawn of the Brave (2014)
Voices of Fire (2016)



Info asal di http://shaqmetal.blogspot.my/2009/08/van-canto-cappella-metal.html

Blog ini, shaqmetal2 adalah kesinambungan daripada blog shaqmetal.




Wednesday 25 January 2017

Festival Rock in Solo

Rock In Solo (RIS)



Festival Rock In Solo atau ringkasnya Rock In Solo atau RIS merupakan festival yang didedikasikan kepada peminat rock dan metal serta stail muzik yang ada persamaan atau hubungkaitnya diadakan di Surakarta, Indonesia. RIS mula – mula dianjurkan dalam tahun 2004 dan sehingga 2012 ianya telah satu festival utama dalam penganjuran festival muzik di Indonesia.


Festival RIS yang pertama telah diadakan dalam tahun 2004 dengan mengentengahkan 1 pentas dengan penampilan 7 buah band manakala edisi kedua festival RIS tersebut diadakan pada tahun 2007 dan seterusnya kali ketiga dalam tahun 2009. Buat kali pertamanya dalam tahun 2009, RIS telah menampilkan band internasional untuk membuat persembahan di pentas RIS. Bertitik tolak dari tahun 2009 RIS telah dijadual sebagai festival muzik rock dan metal tahunan. Dalam tahun 2010 RIS tampil dengan 20 band yang membuat persembahan di 2 pentas utama. Tahun berikutnya, 2011 sejumlah 33 band yang turut serta dengan membuka 4 pentas yang menampil kepelbagaian bunyi rock dan metal.


Meskipun RIS tidak sehebat Hammersonic namun kehadiran pengunjung dan opeminat rock mencecah 10 ribu adalah satru petanda yang cukup baik bagi penganjuran sebuah festival muzik rock dan metal.  Namun sehingga 2016 meninggalkan kita tiada berita mengenai RIS tahun tahun lepas (2016). Dikhabarkan bahawa RIS tahun lepas diadakan pada 13 November 2016 di Stadiun Manahan, Solo, namun shaqmetal tidak ada info mengenai RIS 2016 begitu juga dengan RIS 2017.  Namun pengharapan kita khasnya peminat muzik rock dan metal nusantara agar RIS 2017 akan menghadirkan diri.

Antara band – band yang ternama pernah hadir dipentas RIS ialah Death Angel, Kataklysm, Cannibal Corpse, Dying Fetus, Behemoth and Carcass.

Untuk kita kongsi bersama berikut antara barisan band – band yang pernah menghangatkan pentas RIS sejak ianya bergegar di arena Surakata dalam tahun 2004.


2014 – Manahan Sport Center, Surakarta
Tengkorak, The Brandals, Seringai, Down For Life, Sporadic Bliss, Automatic dan Russian Roulette

2007 – Manahan Velodrome, Surakarta
Burgerkill, Seringai, Down For Life, Bandoso, Makam, End Of Summer, Faceless dan Translantic Lab Feat Belukar

2009 – Manahan Sport Center, Surakarta
Psycroptic, Burgerkill, Down For Life, Death Vomit, Bandoso, Nemesis, Outright, Makam, Spirit Of Life dan Faceless

2010 – Stadium Sriwedari, Surakarta
Dying Fetus, Siksakubur, Down For Life, Fall Of Mirra, Komunal, Valerian, Cranial Incisored, Bandoso, Spirit Of Life, Devoured, Opium, Take and Awake, Matius III:II, From This Day, Pernicious Hate, Tragical, Memories, Never Again, Breathing on Flame, Sisi Selatan, Beneath The Burning Sky dan Bankeray


2011 – Alun – Alun Utara, Surakarta
Death Angel, Kataklysm, Deranged, Enforce, Oathean, Ishtar, Burgerkill, Down For Life, Rajasinga, Gigantor, Bandoso, Suri, Extreme Decay, Turbidity, Something Wrong, Madonna Of The Rock, Alice, Crucial Conflict, Too Late To Notice, Fat In Diet, Noseferatu, Octopus, Pesakitan, Lost Another, End Of, Your Life, Screaming School, Lamphor, Spirit Of Life, Matius III:II, Anti Regime, Never Again, Enforced, Bankeray, Sisi Selatan, Bhrobosan, Death Stumble, Black Hot Company, Tangan Nggratil, Defragment, Otak dan Blood Diamond

2012 – Alun – Alun Utara, Surakarta
Cannibal Corpse, Jasad, Jeruji, Dead Vertical, Bandoso, Parau, Belligerent Intent, Nafrat, Speedkill, Aftercoma, Spirit Of Life, Revenge, Dreamer, Killharmonic, Devadata, Makam, Anorma, Nothing Special, Tendangan Badut, Never Again, Metallic Ass, Soulsaver, Werewolf, Hydroshephalus, Unremains, Tiyank Ndusun, Trah Gali Soulja, Sunday Sad Story, Devormity, Starting Over, Problem Overstay, Undergreed, Salahudin Al Ayubi, Fearless, Bhrobosan, Hands Of Midas dan Incarnation.

2013 – Kota Barat Ground, Surakarta
Behemoth, Hour of Penance, Noxa, Down For Life, Auman, Navicula, Psychonaut, Ilemauzar, Straightout, Outright, The Corals, Kapital, Djin, Bankeray, Nadi, Inlander, Kedjawen, KM09, Sisi Selatan, Deadly Weapon,  Jihad, Djiwo, Infectous Arteries dan The Working Class Symphony


2014 – Benteng Vastenburg, Surakarta
Carcass, EdanE, Death Vomit, Siksakubur, Down For Life, Bandoso,  Revenge, Godless Symptoms, Revenge The Fate, Disinfected, Warkvlt, Piston, Rising The Fall, Fraud, Earth Rot, Salahudin Al Ayubi, Biang Kerock

2015 – Manahan  Stadium Parking Park, Surakarta.
Nile, Unearth, I Killed The Prom Queen, Burgerkill, Seringai, Carnivored, Rezume, Serigala Malam, Gendar Pecel, Pargochy, Immortal Rites, Bankeray, Internal Amputation, Furor dan Anthelion.


Hammersonic 2017

Nantikan Kehadiran Hammersonic 2017

Hammersonic merupakan antara festival muzik heavy metal yang terbesar di Asia Pasifik. Dalam penganjuran yang terdahulu, festival muzik heavy metal ini pernah mengamit kunjungan peminat lebih 20 ribu muzik heavy metal serantau.
                                                     


Festival Hammersonic tahun 2017 pada awal perancangannya dijangkakan akan diadakan di Ecopark Ancol, Jakarta pada 14 hingga 16 April 2017, namun yang terkini tarikh tersebut bertukar ke tarikh baharu iaitu pada 7 May 2017. Ini merupakan tahun yang keenam Festival Hammersonic dianjurkn. Promosi untuk tarikh tersebut juga telah menular disekitar kotaraya Jakarja dan juga menerusi laman – laman sosial. Penganjur menyasarkan sejumlah 18 ribu pengunjung untuk menyaksikan festival tahun ini.

Beberapa buah band antarabangsa telah bersetuju untuk tampil dalam Hammersonic 2017 antaranya  Megadeth, Earth Crisis, Northlane, Witchchapel dan The Black Dahlia Murder. (Setakat artikel ini ditulis - 26 Januari 2017)


Mengimbau sedikit latar belakang penganjuran HAMMERSONIC, festival musik rock dan metal buat kalin pertama dianjurkan  tahun 2012. Festival Hammersonic secara langsung mencatat sejarah bagi festival muzik rock dan metal internasional yang pertama diadakan di Indonesia. Festival ini terus menjadi trend-setter di persada musik rock dan metal di Indonesia, seterusnya  dapat membuktikan pada dunia bahawa Indonesia memiliki scenario dan aliran metal yang besar.


Hammersonic telah berhasil menjadi trend budaya untuk para pengikut dan peminat muzik khususnya pecinta Rock dan Metal. Dengan pencapaian yang luar biasa serta berhasil mancatatkan sejarah baru diseluruh dunia, Festival Hammersonic telah menjadi salah satu Festival Muzik Rock & Metal yang sangat dinantikan kehadirannya. Band-band yang pernah tampil di Hammersonic Festival antara lain  Lamb Of God, Kreator, Hatebreed, Asking Alexandria, Cradle Of Filth, Obituary, Angra, As I Lay Dying, Bullet For My Valentine, Morbid Angel, Terrorizer, DRI, Walls Of Jericho, Mayhem, Suffocation, Seringai, Burgerkill, Koil, Roxx, Edane, Jasad, Down For Life dan masih banyak lagi band Eropah, Amerika, Australia-Asia yang pernah menjajah pentas di Festival Hammersonic. Kemeriahan Festival Hammersonic yang yang telah dirangka dab berlangsung dengan baik membuktikan bahwa persembahan dan penampilan band – band di Festival Hammersonic ini masih menjadi magnet festival muzik rock dan metal terbesar di Indonesia.


Revision Live Entertainment sebagai promoter penyelenggara Hammersonic Festival tentu saja akan selalu menampilkan sebuah gelaran festival lebih besar lagi dari tahun-tahun sebelumnya yang selama ini telah menarik perhatian komunitas rock & metal sebanyak puluhan ribu orang yang datang, tidak hanya penjuru Indonesia bahkan dari penjuru dunia.




Cyntia

Cyntia - Band power metal dari Jepun




Girls metal band dari negara matahari terbit, Cyntia ditubuhkan oleh gitaris Yui dan pemain dram Kanoko dalam bulan April 2011. Idea untuk menubuhkan Cyntia adalah bertitik tolak dari video muzik Liv Moon. Ketiak musim panas  dalam tahun yang sama mereka menganmbil Ayano sebagai pemain keyboard dan Airi untuk gitar bass dan kemudian bekas vokalis Cyntia, Saki selepas menyertai ujibakat.

Nama Cyntia (dalam Bahasa Inggeris disebut Cynthia) merupakan nama lain bagi dewa purba Greek, Artemis. Dalam bulan April  2012 mereka telah mengeluar single pertama mereka berjudul “Run to the future”. Tidak lama selepas itu Airi menghentikan aktivitinya bersama Cyntia kerana kurang sihat dan secara rasmi meninggalkan band Cyntia pada bulan Jun. Kekosongan tempat Airi diisi oleh Azu daripada LAZYgunsBRISKY yang telah terpilih untuk bermain gitas bass bagi Cyntia dan Azu secara rasmi menjadi anggota Cyntia dalam bulan November tahun yang sama. Sepeninggalan Airi, Cyntia telah meriliskan album sulung mereka berjudul Endless World dalam bulan September.


Cyntia dianggotai oleh :
Saki – vokalis
Yui – gitar, vokalis latar
Ayano – keyboard, piano, vokalis latar
Azu – bass, piano, vokalis latar (2012 – sekarang)

Ahli terdahulu Cyntia
Airi – bass (2011 – 2012)
Kanoko – dram, percussion, vokalis latar (2011 – 2015)

Dalam tahun 2013 mereka telah menjadi band pengiring untuk Konsert South Korean pop group Kara’s di Tokyo Dome. Mereka telah meriliskan album sulung mereka, “Lady Made” dalam bulan Mac 2013. Dalam tahun yang sama juga mereka telah menjadi band pembuka untuk tour Jepun untuk band Kamelot.


Beberapa buah lagu mereka juga telah terpilih untuk beberapa program dan aktiviti yang diadakan antaranya ialah lagu tema keempat untuk “Saint Omega” iaitu lagu “Senko Strings” dan kemudiannya dirilis sebagai sebuah single pada Januari 2014. Antara yang lainnya ialah “Kis Kis Kis” juga telah digunakan untuk tema “Itazura na Kiss 2 2014 – drama khas televisyen, Love in Okinawa sebelum dirilis sebagai single  dalam bulan Januari 2015, Sebulan kemudian  “Akatsuki no Hana juga telah diugunakan sebagai lagu tema kedua  untuk adaptasi anime Yona Of The Dawn. Dalam tahun yang sama juga mereka telah  memebuat persembahan di Festival Female Only Rock, Naon no Yana. 2014 dan 2015 merupakan tahun yang agak sibuk buat Cyntia.

Juga dalam tahun 2015 pemain dram dan juga pengasas bersama Cyntia, Kanoko meninggalkan Cyntia dalam bulan April.  Selepas itu pada 14 Disember 2016 mereka telah merilis album penuh mereka, “Urban Night” yang mana lagu Bless of the fire” telah mempersembahkan Aldious gitaris Toki.


Cyntia telah merilis beberapa buah single dan album penuh sperti berikut ;
Single
Run to the Future  (11 April 2012)
Return to Myself ~ Shinai, Shinai, Natsu.  (31 Julai 2013)
Senko Strings  (8 Januari 2014)
Shori no Hanataba o -Gonna Gonna Be Hot!  (3 September 2014)
Kiss Kiss Kiss  (7 January 2015)
Akatsuki no Hana  (18 February 2015)

Albums
                Endless World  (5 September 2012)
                Lady Made  (20 March 2013)
                Limit Break  (12 February 2014)
                Woman                 (18 February 2015)

                Urban Night  (14 December 2016)


Logo Design by FlamingText.com