Wednesday 25 January 2017

Myrath

Myrath... (Band dari Tunisia)


Myrath sebuah band progressive power metal yang berasal dari Tunisia ini ditubuhkan dalam tahun 2001 dengan nama asal mereka X – Tazy. Mereka menggunakan nama X – Tazy sehingga tahun 2005 dan kemudiannya tampil dengan nama Myrath. Myrath banyak dipengaruhi muzik death metal, oriental metal, progressive dan power metal yang telah menjadikan mereka antara band progressive power metal Tunisia yang berdiri gah dipersada muzik  metal antarabangsa.


Diawal penubuhan mereka terutamanya dua tahun pertama mereka banyak tampil di pentas dengan memainkan lagu – lagu cover death metal. Dua tahun kemudian mereka memainkan secara eksklusif cover lagu – lagu Symphony X sehinggalah pada awal 2005 mereka menghasilkan EP untuk peminat mereka yang diberi judul Double Face diriliskan secara independent (indi) dengan menggunakan nama  X – Tazy.

Awal tahun 2006 mereka mendapat peluang untuk membuat persembahan pembukaan untuk konsert Robert Plant dan adagio yang disaksikan lebioh 7000 peminat muzik rock dan metal. Di masa yang sama juga mereka bertemu dengan pemain keyboard Adagio, Kevin Codfert yang menjadi penerbit album  mereka. Dengan sokongan daripada Kevin, Myrath merakamkan album penuh pertama mereka, Hope yang telah diriliskan di Peranchis dalam tahun 2007. Sambutan yang baik terhadap album tersebut telah membawa mereka ke beberapa pentas yang dikenali dalam festival muzik di Eropah.


Album setrusnya Desert call telah diriliskan dalam tahun 2010, yang mana ini juga merupakan detik perubahan dalam karier muzik Myrath yang mana mereka lebih dikenali baik dalam kalangan pemuzik, peminat muzik rock dan metal serta juga daripada pihak media dan promoter.

Dalam tahun 2011 mereka hadir lagi dengan album ketiga mereka berjudul Tales Of The Sand. Bagi menguatkan lagi pengaruh album tersebut, mereka telah  menyokong dan terut sama dalam tour band seperti Dream Theater, HIM, W.A.S.P dan Tarja Turunen mengunjungi Dubai, Amerika Syarikat, India, Eropah dan Afrika Utara dalam beberapa tahun.

Myrath telah membuat penampilan pertama secara live dipentas ProgPower USA (2013) dan ProgPower Erpah di netherland. Dalam tahun 2016 mereka juga telah mendapat 1 slot dalam tour Symphony X di Eropah. Dalam tahun 2016 juga mereka telah meriliskan album keempat mereka yang berjudul Legacy. Juga dalam tahun yang sama vokalis Myrath telahdilamar band Ayreon sebagai vokalis undangan untuk album terbaharu Ayreon, The Source.



Myrath dianggotai oleh ;
Malek Ben Arbia – gitar (2001 – sekarang)
Elyes Bouchoucha – keyboard, backing vokal (2003 – sekarang)
Anis Jouini – bass (2006 – sekarang)
Zaher Zorgati – vokalis utama (2007 – sekarang)
Morgan Berthet – dram (2011 – sekarang)

Anggoita terdahulu Myrath ;
Walid Issaoui – gitar (2001–2003)
Fahmi Chakroun – dram (2001–2004)
Saief Louhibi – dram (2004–2011)
Zaher Hamoudia – bass (2001–2004)
Tarek Idouani – vokalis utama (2001–2003)
Piwee Desfray – dram (2011-2012)

Album Myrath ;
           2005       : Double Face (Rilis di Tunisia) dibawah nama X-Tazy
2007       : Hope
2010       : Desert Call
2011       : Tales of the Sands
2016       : Legacy

No comments:

Post a Comment

Logo Design by FlamingText.com