Monday 30 January 2017

Van Canto

Van Canto... band a capella metal



A cappella adalah dari bahasa Itali yang membawa maksud ‘from the chapel / choir’ yakni menyanyi tanpa peralatan / instrumen muzik atau muzik vocal. Tapi bukan itu yang menjadi persoalannya tetapi shaqmetal ingin menyentuh tentang sesuatu yang rasanya agak baru dan unik dalam dunia metal global.


Van Canto ditubuhkan di jerman (2006) yang terdiri daripada 5 orang penyanyi dan seorang pemain dram. Biarpun  kumpulan ini diklasifikasikan sebagai a capella tetapi mereka menggunakan dram betul dalam muzik mereka.
Van Canto memainkan lagu a capella dengan pengaruh bunyi heavy metal klasik, power metal dan symphonic metal lantas mencipta apa yang meereka panggil sebagai “hero metal a capella’.


Bayangkan kalau di satukan antara a cappella dan metal? Bagaimanakah bunyinya? Menarik bukan? Itu yang ingin diketengahkan dan untuk kita kongsi bersama info mengenai a capela metal. Sesuatu yang baru dan unik dan rasanya kita tidak pernah mendengar nama itu sebelum ini. Dalam industri muzik moden dewasa ini a cappella biasanya dirujuk kepada persembahan yang kesemuanya vokal tanpa instrument muzik dipersembahkan dalam pelbagai bentuk dan stail termasuk barbershop, doo wop, dan modern pop / rock. Rentetan daripada itu a cappella diperluaskan lagi ruang lingkupnya dengan mengujudkan satu(mungkin) sub genre baru dalam genre muzik rock metal dengan ciptaan stail a cappella metal. Bila berkongsi info mengenai a cappella metal maka persoalannnya band atau siapakah yang hadir dengan sub genre baru itu? Maka secara sedar atau tidak ianya telah ada dan ujud dalam tahun 2006 di Jerman. Band yang mengelarkan diri mereka sebagai van Canto ditubuhkan dan membawa aliran muzik sub genre a cappella metal yang terdiri dari lima orang penyanyi dan seorang pemain drum. van Canto terdiri daripada ;
Dennis Schunke (Sly) – vokalis utama (2006 – sekarang)
Inga Scharf – vokalis utama wanita (2006 – sekarang)
Stefan Schmidt – lower rakkatakka, wahwah solo guitar dan distortion vocals (2006 –
sekarang)
Ross Thompson – higher rakkatakka vocals (2006 – sekarang)
Bastian Emig – drums.
Jan Moritz – bass vocal (2015 – sekarang)
Bekas anggota
Ingo "Ike" Sterzinger – bass vocals (2006–2015)
Dennis Strillinger – drums (2006–2007)


Sebelum Bastian Emig, Dennis Strillinger merupakan pemain drum dari tahun 2006–2007. Dari enam orang vokalis, dua daripadanya merupakan vokalis utama dan selebihnya menggunakan suara mereka untuk bunyi gitar dan bass dengan bantuan amplifiers bagi menjadikan bunyi yang seakan-akan instrument asal. Sebaik sahaja band van Canto ditubuhkan, album pertama mereka A Storm To Come juga telah diterbit dan dirilis. Album yang mengandungi tujuh buah lagu merupakan lagu versi cover Metallica – Battery dan ‘Stora Rovardansen’ lagu yang dipetik dari filem Ronja Rovardotter. Dalam waktu yang singkat juga mereka telah menerbitkan video untuk lagu The Mission, Battery dan Rain. Bulan Disember 2007, van Canto telah menyertai Gun records / Sony BMG. Sejurus selepas itu album kedua van Canto berjudul ‘Hero’ diterbitkankan dan dirilis pada 26 September 2008. Berikut antara album yang telah diriliskan oleh Van Canto.
Discografi
A Storm To Come (2006)
Hero (2008)
Tribe of Force (2010)
Break the Silence (2011)
Dawn of the Brave (2014)
Voices of Fire (2016)



Info asal di http://shaqmetal.blogspot.my/2009/08/van-canto-cappella-metal.html

Blog ini, shaqmetal2 adalah kesinambungan daripada blog shaqmetal.




No comments:

Post a Comment

Logo Design by FlamingText.com