Gothic Metal ...sedikit info.
Awal tahun 2000an banyak band
symphonic metal tampil dengan album masing-masing seperti Rain Fall Within,
After Forever, Epica, Edenbridge, Darkmoor, Angra, Dragonland,Lunatica,
Fairyland, Luca Turilli, Thy Majestie, Vission Of Atlantis, Aesma Daeva,
Angtoria, Mylidian, Stream Of Passion, Star One dan banyak lagi. Perkembangan
ini cukup memberangsangkan dan arena genre sub symphonic lebih variasi dengan
pelbagai pilihan untuk pengemar genre symphonic. Gothic Rock / Metal Gothic
rock juga disebut goth rock atau goth, yang ujud sejak akhir 1970an. Bermula
dengan pembentukan sebilangan kecil punk rock atau post punk band, gothic mulai
ditakrifkan setelah pecahan beberapa pergerakan muzik dalam tahun 1980an.
Perpecahan besar-besaran itu menjadikan gothic rock bangkit secara meluas baik
menerusi budaya, fesyen, gaya dan majalah yang berorientasikan gothic.
Asal-usul gothic adalah dari pengaruh black metal, death metal dan doom metal.
Terma gothic memasuki ruang
lingkup muzik heavy metal dengan terbit
dan teredarnya album Gothic, band Paradise Lost pada tahun 1991. Sejak itu,
peminat mulai keliru untuk membuat penilaian mereka untuk menentukan "band
yang mana…, atau yang paling pasti tidak…, dan band mana yang sebenarnya
goth". Sesetengah pemuzik mempertikaikan label gothic dikaitkan dengan band
mereka, termasuk Rozz Williams, Christian death dan Andrew Eldritch of The
Sisters of Mercy. Dalam subgenre gothic metal, anggota band seperti After Forever,
HIM dan Nightwish memandang remeh atau menolak label gothic dari muzik bawaan mereka.
Seperti juga genre muzik yang
lain peralatan muzik tipikal rock seperti gitar, bass, drum dan keyboard adalah
nadi utama untuk gothic. Keyboard, gitar dan gitar akustik menjadikannya
istimewa berbanding genre metal yang lain. Selain itu gothic lebih cenderung
kepada pengaruh doom metal, black metal dan death metal, baik dari segi
pengolahan dan pengubahan lagunya. Synthesizing lebih berat kepada stail melodi
dan idea rhythm dalam petikan gitarnya yang pantas menjadikan muzik yang lebih
agressif. Gitar akustik biasanya menjadi gitar kedua manakala ton bass gitarnya
agak rendah mirip kepada doom metal dengan kombinasi agresif death dan black
metal menjadikan suasana dan mood lagunya lebih menyerlah. Keyboard memainkan
peranan utama dalam gothic metal dan seringkali mengantikan gitaris kedua dan
mengambil peranan sebagai gitar utama atau rhythm. Keyboard memainkan peranan
menjadi pelbagai instrumen yang lain terutamanya instruman string dan angin.
Yang menjadi unik pada gothic
ialah penggunaan vokalis wanita atau duo vokalis yang juga dikenali sebagai
‘Beauty And The Beast’. Biasanya vokalis seorang lelaki dan wanita yang sering
menggunakan suara soprano atau nyanyian harmoni. Antara band gothic metal yang
telah ditubuhkan dan boleh dirujuk sebagai band gothic yang hebat adalah
seperti Aeternitas, Aion, Atargatis, Darkwell, EverEve, Forever Slave, Lacuna
Coil, Mandrake, Trail of Tears, Tristania, Penumbra, Keltgar, Divine Nightmare,
Galadriel dan banyak lagi.
No comments:
Post a Comment