Thursday 9 November 2023

Album Baharu Nightwish 2024

 Album Baharu Nightwish... 2024



Memandangkan ‘Human :ll: Nature - World Tour’ merupakan wolrd tour ke – 8 band Nightwish dalam rangka mempromosi album studio ke – 9 Nightwish - Human :ll: Nature telah berlal, kini mereka telahpun berkongsi dengan peminatnya tentang rancangan mereka untuk fasa seterusnya dalam perjalanan band Nightwish.

Selepas tour tersebut mereka terpaksa  melalui tempoh bertenang seketika dari mengadakan konsert live ataupun tour akan. Menurut Nightwish keputusan itu tidak pasti akan tempohnya.

Keputusan tersebut adalah peribadi, dan mereka mengatakan itu adalah penting untuk kesejahteraan dan masa depan band tersebut. “Yakinlah bahawa kami masih suka bekerja bersama, dan keputusan ini tiada kaitan dengan kehamilan Floor atau projek individu kami yang lain”. Itu yang dijelaskan oleh Nightwish untuk situasi tersebut.

Walau bagaimanapun berita yang menariknya ialah kehadiran album studio baharu Nightwish 2024. Album yang bakal diterbitkan itu akan mengandungi 12 lagu baharu akan dirilis pada tahun 2024 (tidak pasti tarikhnya bila.  Dalam pada itu mereka juga akan menerbitkan 3 video muzik Nantiukan update terkini daripada band Nightwish untuk buah tangan terbaharu mereka… 2024.


Human :ll: Nature - World Tour



No comments:

Post a Comment

Logo Design by FlamingText.com